Selamat Datang ke Pusat Dakwah Serantau.

Tuan Guru
hadis dakwah

"Demi Allah, seandainya dengan usaha kamu mengajak seseorang beriman kepada Allah, dihidayahkan Allah berhasil, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada mendapat unta merah (kekayaan dunia yang lumayan." (HR Bukhari & Muslim)

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Pengerusi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau

0
Sejak

0+
Graduan & Da'ie

0
Sesi Pengajian

Impian kini
jadi Kenyataan.

Kami melatih anak muda yang terpilih dari kalangan masyarakat minoriti Muslim untuk menjadi Da'ie Lapangan yang menjadi agen penggerak dakwah dan pembangunan masyarakat.

Kenali Kami

Pengajian.

Di sini, para pelatih dakwah diberi penekanan pendekatan "dakwah bil hal". Selain pengajian Islam, mereka turut dibekalkan dengan kemahiran dakwah, pengubatan Islam, pertanian dan pendidikan pra-sekolah demi membangunkan masyarakat dengan ilmu.

Senarai Penuh Subjek
Pelajar-pelajar mengikuti pengajian subjek-subjek teras pengajian Islam iaitu Aqidah, Feqah, Akhlaq, Sirah An-Nabawiyyah, Al-Quran dan Tajwid, Tafsir al-Quran dan Hadis. Pelajar-pelajar turut dibekalkan dengan pengajian Asas Bahasa Arab.
Pelajar PDS diwajibkan untuk menamatkan Kursus Pengubatan Islam di bawah kendalian DARUSSYIFA’ khusus untuk pelajar-pelajar PDS. Sijil Kursus Pengubatan Islam akan dianugerahkan kepada semua pelajar yang tamat pengajian di PDS manakala pelajar yang berjaya dalam praktikal dan ujian akan diijazahkan sebagai perawat DARUSSYIFA’.
Pengajian dakwah amat ditekankan di PDS menerusi subjek Fiqh Dakwah dan diperkukuhkan menerusi pembelajaran berterusan latihan pengucapan awam, pidato, ceramah dll. sepanjang pengajian di PDS. Pelajar turut diwajibkan melalui Praktikal Dakwah di Lapangan dan Kursus Intensif Dakwah.
Kemahiran insaniah seperti pertanian turut dibekalkan sebagai subjek penting elektif di PDS. Kemahiran asas vokasional, paramedik, rawatan bekam dan herba turut ditawarkan sebagai kemahiran tambahan bagi pembangunan ekonomi da’ie.
Latihan Pra-Sekolah diwajibkan kepada pelatih Muslimat. Pelajar akan mengikuti kursus dan latihan praktikal di tadika Islam sebagai persiapan bagi menghidupkan pengajian sejak di awal usia di tempat masing-masing.

Ziarah Mahabbah.

Ziarah Mahabbah & Kebajikan anjuran Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Sekretariat Relawan Du'at (RINDU) diadakan sepanjang tahun di tempat-tempat daie terpilih bagi merapatkan ukhuwwah Islamiyyah semasa Muslim dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Anda juga boleh sertai permusafiran kami!

Sertai Program

Mohon Sekarang.

Pembelajaran di PDS selama SATU tahun ENAM bulan adalah di bawah tajaan penuh Yayasan Amal Malaysia. Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat berusia 17 - 29 tahun. Tempat adalah TERHAD!

Permohonan