MB Rasmi Mesyuarat Agong & Pelancaran Sambutan 1 Dekad AMAL Malaysia

admin Aktiviti Leave a Comment

 

7 Mei 2011 – Menteri Besar Selangor, YAB Tan Seri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim telah merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-6 Yayasan Amal dan Pelancaran Sambutan Satu Dekad Yayasan Amal Malaysia di Pusat Dakwah Serantau (PDS), Kampung Sungai Merab, Sepang.

 

Dalam Yayasan Amal Malaysia, keterlibatan beliau sudah tidak asing lagi, selaku Penasihat Yayasan Amal Malaysia sebelum beliau terjun dalam bidang politik, ketika memimpin syarikat gergasi korporat, Kumpulan Guthrie.
Jelas beliau, keterlibatan beliau dengan Yayasan Amal Malaysia selari dengan ikrar kita dalam solat, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah semata-mata.” Menurut MB atas aspirasi ini, “Jika saya tak jadi Menteri Besar pun saya datang dan kehadiran saya pada hari ini atas aspirasi tersebut.” Tambah YAB, “Saya dan keluarga saya terlibat dengan kegiatan amal – termasuk menggunakan kepakaran saya dalam bidang koporat, sebagai sumbangan amal saya kepada masyarakat.”
Beliau menyatakan kekesalan tentang kelemahan pentadbiran sering berlaku bila dikaitkan dengan Islam. Menurutnya, “Selama 15 tahun saya dalam Lembaga Pentadbiran Islamic Development Bank yang berpejabat di Jeddah.” Menurutnya tiap tiga bulan sekali beliau ke sana kerana mesyuarat. Masa diambil dalam perjalanan selama 8 jam untuk mesyuarat 3 jam. Tapi biasanya lembab dan tidak mencapai apa yang diharapkan. “Peluang setiap kali saya ke sana, saya gunakan bagi menunaikan umrah.” katanya, “Selepas saya menjadi Menteri Besar, saya tidak lagi ke sana, kerana tiada masa dan nama Bank berkenaan sudah jarang kedengaran.” Tambahnya.
YAB MB Selangor memuji Yayasan Amal Malaysia, walaupun baru berusia 10 tahun dan dalam keadaan kekurangan sudah dapat menempa nama dengan kegiatan amal seperti di Acheh, ke Selatan Filipina, ke Indonesia, ke Pelastin dan beberapa tempat yang lain. Beliau melahirkan rasa prihatin dengan projek Yayasan Amal Malaysia membina rumah anak yatim di Acheh yang masih belum siap, kerana kekurangan RM100,000 untuk menyiapkannya. Beliau berjanji untuk berusaha mendapatkan peruntuk sejumlah berkenaan.
YAB MB juga menyebut tentang kemungkinan menghantar sukarelawan ke Jepun yang jika mendapat keizinan ke sana bagi membantu mangsa radiasi nuklier, tetapi ke sana lebih bersifat belajar di samping menolong mereka. Beliau juga mahu kita memahami tentang pergolakan global dan mengambil pendekatan yang betul. Misalnya yang berhubung dengan pergolakan di Timur Tengah. Tindakan kita melibatkan imej Yayasan Amal dan pandangan global.
Hadir pada Majlis Perasmian ialah Tuan Haji Hussin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia, Saudara Abdul Hamid Osman, Ketua Setiausaha, Tuan Haji Jamuliddin Alias, Timbalan Presiden, YB Dr. Rani Osman, YB Dr. Halimah Ali. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Darussyifa’, Tuan Haji Abdul Rahman, wakil daripada Aqsa Syarif, Unit Saudara Kita, wakil-wakil NGO, AJK AMAL Malaysia Pusat, para perwakilan dan masyarakat setempat.
Tuan Haji Hussain dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, 10 tahun telah mematangkan Yayasan Amal Malaysia dan kita bekerja “Beramal kerana Allah sebagai syiar kita”. Kita berjaya mencacak bendera kita seperti di Kwang Tong di Negeri Cina. Khartoum di Sudan, ke Ghazzah dengan peristiwa Marvi Marmara. Beliau menyebut tentang 10-15 ribu penduduk Ghazzah yang menderita dan sukar mendapat air dan menggunakan telaga tiub yang dalam sehingga 150 meter. Yayasan Amal Malaysia masih berusaha menambahkan kemudahan tube saluran. Juga dengan rancangan untuk mendirikan kilang membuat kaki palsu di sana yang kita ada kepakaran. Begitu ramai orang yang cacat dan memerlukan anggota palsu.. Beliau menyebut banyaknya NGO-NGO yang datang ke sana, tetapi hanya sebahagian kecil NGO dari kalangan orang Islam. Menurut Tuan Haji Hussain Yayasan Amal Malaysia sedang memikir dan berusaha bagi memimpin dan menyatupadukan yayasan-yayasan NGO Islam di bawah satu payung yang memudahkan semua pihak bergerak.
Pada Majlis perasmian dan Pelancaran, hadiah-hadiah penghargaan disampaikan oleh YAB Dato` Menteri Besar kepada mereka yang telah berjaya berjasa kepada Yayasan sebelumnya. YAB juga melawat kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang tinggal di Markas berkenaan seperti melihat projek memelihara ayam dan ikan serta melihat pameran tentang Yayasan Amal dan penjualan buku yang ada hubungan dengan Yayasan Amal dan jihad di Pelastin.
Majlis pada hari ini berjaya meningkatkan kesedaran dan komitmen pendukung Yayasan Amal Malaysia. Mereka akan meneruskan bakti kepada umat dan manusia sejagat. Yayasan Amal Malaysia Terus Beramal Kerana Allah – Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *