Permohonan Pelajar Baharu.
Permohonan pendaftaran pelajar baharu dibuka sepanjang tahun dan akan diproses bagi sesi kemasukan yang berikutnya setelah proses pengambilan bermula.
1 –Pengiklanan
2 – Permohonan
3 – Temuduga
Calon yang melepasi syarat-syarat kelayakan akan dipanggil temuduga dan diberi taklimat tentang PDS dan perjanjian tajaan pengajian.
4 – Tawaran
Calon yang berjaya dalam temuduga akan menerima surat tawaran dan tajaan pengajian di PDS.
Beramal Kerana Allah

Syarat-syarat Permohonan.
Kelayakan Umum.
Berumur 17 tahun dan ke atas.
Bujang dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang disahkan kronik oleh doktor.
Pemohon pernah mengikuti pengajian di sekolah dan memiliki kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).
Keutamaan.
Keutamaan akan diberikan kepada calon di kawasan pedalaman yang tidak memiliki kemudahan asas dan tiada pengajian ilmu.
Tajaan Biasiswa.
Pembelajaran di Pusat Dakwah Serantau (PDS) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia sebagai penaja biasiswa pengajian. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi akujanji yang dimeterai sebaik sahaja menempatkan diri di PDS.
Sebarang kesalahan berat yang melanggar peraturan disiplin semasa berada di PDS akan menyebabkan pengajian pelajar akan ditamatkan serta-merta. Pelajar yang berhenti atau gagal tamat pengajian tanpa sebab yang dibenarkan akan diminta untuk membayar ganti rugi kos sepanjang pengajian yang diikuti.