Dato’ Wan Mohamad Menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

admin Aktiviti Leave a Comment

19 November 2016 – Mesyuarat pertama bersama Pengerusi baru Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau, Dato’ Hj Wan Mohammad Syeikh Abdul Aziz, bekas Ketua Pengarah JAKIM telah diadakan di PDS pada hari ini. Dato’ Hj Wan Mohammad Syeikh Abdul Aziz dilantik mempengerusikan Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 September 2016.

Majlis Graduasi PDS Kali Ke-V

admin Aktiviti Leave a Comment

  Majlis Graduasi Pusat Dakwah Serantau (PDS) Kali Ke-V telah diadakan pada 26 Jun 2016 bertempat di Dewan Auditorium As-Syafie, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM. Senarai 31 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian & latihan dakwah mereka di PDS dan turut dianugerahkan Sijil Kursus Pengubatan Darussyifa’ yang telah mereka ikuti sepanjang sesi pengajian di PDS.

MB Rasmi Mesyuarat Agong & Pelancaran Sambutan 1 Dekad AMAL Malaysia

admin Aktiviti Leave a Comment

  7 Mei 2011 – Menteri Besar Selangor, YAB Tan Seri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim telah merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-6 Yayasan Amal dan Pelancaran Sambutan Satu Dekad Yayasan Amal Malaysia di Pusat Dakwah Serantau (PDS), Kampung Sungai Merab, Sepang.   Dalam Yayasan Amal Malaysia, keterlibatan beliau sudah tidak asing lagi, selaku Penasihat Yayasan Amal Malaysia …

Sumbangan Kemanusiaan Bencana Tsunami di Jepun

admin Aktiviti Leave a Comment

AMAL Malaysia serta beberapa NGO lain telah selesai mengadakan mesyuarat pada 20 Mac 2011 dengan pihak Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) JPM. Antara keputusan perbincangan antara kami di dalam Mesyuarat Bencana Alam Jepun, Senarai barangan yang diperlukan oleh Kerajaan Jepun : Preserved Food Mineral Water Mobile Toilet Tent Heavy duty latex glove Boot Blanket. Pihak kami (NGO) …