Satu Perjalanan.
Ditubuhkan pada tahun 2010. Pusat Dakwah Serantau (PDS) di bawah kelolaan Yayasan Amal Malaysia mengorak langkah melahiran da'ie dari kalangan masyarakat minoriti Muslim di rantau ASEAN bermula ambilan pertama pada Julai 2010 bertempat di Kampus Sementara, Kompleks Darul Irsyad, Sg. Merab Luar, Kajang, Selangor.




Pembangunan Kompleks.

Perspektif Pelan
Perkembangan PDS.
Penubuhan.
PDS beroperasi di Kampus Sementara, Kompleks Darul Irsyad, Sg. Merab Luar, Kajang, Selangor. Kampus Sementara ini mempunyai kemudahan 1 unit bangunan 2 tingkat (pejabat Yayasan Amal Malaysia & PDS, Asrama Pelajar Muslimat, Bilik Kuliah, Rumah Warden Muslimat), 1 unit bangunan satu tingkat (Asrama Pelajar Muslimin, Rumah Staf Muslimin, Bilik Kuliah) dan 1 unit surau.

Graduan PDS.
PDS telah melahirkan lebih 100 orang graduan sejak 2011 yang telah bergerak di lapangan dakwah di kawasan masing-masing di dalam dan luar negara.

Cadangan Kompleks Baru.
Pembangunan Kompleks PDS di Kg. Labohan Dagang, Banting, Selangor kini telah bermula sejak Januari 2016 dengan pembangunan Fasa I berupa 2 unit bangunan 4 tingkat sebagai blok asrama.

Kurikulum PDS.
Kurikulum PDS menekankan aspek dakwah bil hal. Pelajar PDS diterapkan elemen tarbiyyah dan pembangunan kendiri sepanjang masa selain pembelajaran akademik dan kokurikulum agar melahirkan daie unggul yang mampu menjadi contoh teladan di lapangan ummah.

Objektif & Strategi.
Mohon Sekarang.
Sila baca dengan teliti syarat dan terma kemasukan ke PDS pada pautan berikut sebelum mengisi borang permohonan yang disediakan.