Sekretariat

Alumni & Daie PDS

Pusat Dakwah Serantau dan Yayasan Amal Malaysia sentiasa peka dengan perkembangan dan kebajikan pada daie alumni PDS dan sentiasa berhubung secara langsung dan atas talian bagi memastikan daie PDS mampu berdikari dan menjadi contoh buat ummat.


Imarah AMAL

Pusat Dakwah Serantau dan Yayasan Amal Malaysia berusaha mengimarahkan dan membina Masjid dan Surau serta Tadika AMAL bagi memastikan pusat kegiatan masyarakat Muslim ini aktif dan mesra penduduk.


Relawan Du’at (RINDU)

1962478_206392802903837_937721357_oSekretariat RINDU di bawah Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia menghimpunkan sukarelawan dakwah dari pelbagai latar belakang termasuk artis dan penggiat seni yang telah berhijrah seperti Abby Abadi dan Bob Lokman, personaliti TV dan selebriti dakwah, Imam Muda, Pencetus Ummah dan Da’i Millenia dan dipimpin oleh Imam Muda Fakhrul.


Hidayah TV

hidayah tvHidayah TV adalah satu inisiatif dan saranan daripada Tn. Hj. Husin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia. Rancangan TV online ini bertujuan untuk menyampaikan mesej mengenai kebesaran Allah SWT., keindahan hidup bersama Islam, hubungan persaudaraaan yang terbina atas dasar akidah yang satu dan keagungan dan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w.


Ziarah Mahabbah

Program Ziarah Mahabbah & Kebajikan bertujuan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan Islam tanpa mengira sempadan geografi.


Qurban & Aqiqah PDS

Program Qurban & Aqiqah PDS adalah suatu inisiatif untuk memudahkan masyarakat bagi melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah di samping mengambil peduli isu kemiskinan masyarakat Islam di kawasan yang lebih memerlukan. Justeru, PDS menjadi pemudah cara untuk anda melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah di kawasan Muslim yang dhaif yang terpilih.