ijtima' 2

Kini, lebih 100 alumni dan Da’ie PDS telah bertebaran di lapangan dakwah masing-masing di Sabah, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Cambodia. Sekretariat Alumni & Daie PDS dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan Sarawak akan memantau dan membantu perjalanan dakwah serta kebajikan para alumni yang aktif melakukan kegiatan dakwah.

ijtima' 2

IJTIMA’ DA’IE merupakan satu program himpunan para da’ie PDS yang telah berada di medan dakwah termasuk dari luar negara. Objektif ijtima’ diadakan ialah bagi pemantapan dan pemerkasaan da’ie. Selain itu, ia menjadi medan untuk perbincangan dan perkongsian dua hala di antara pihak pengurusan tertinggi PDS dengan para da’ie untuk menambah kualiti dan kelestarian dakwah di lapangan. Ijtima’ ini akan menjadi acara dwi-tahunan pada masa akan datang.

ijtima'

Ijtima’ Kali Pertama (2013) di Miri, Sarawak – dirasmikan oleh Tuan Haji Husin Ismail.

Ijtima’ Kali Ke-2 (2014) di Sibu, Sarawak – dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri.

Ijtima’ Kali Ketiga (2015) di Kota Kinabalu, Sabah – dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.